Tuesday, July 7, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan Persekutuan JKM


















YB Azman berucap ketika Majlis Penyampaian Bantuan Persekutuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 50 orang penerima pelbagai bantuan dari DUN Bagan Pinang. Dalam ucapan YB berpesan bantuan yang dihulurkan mestilah digunakan sebaik-baiknya dan ucapan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional kerana dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima khususnya ibu tunggal, warga emas, miskin, pelajaran, orang kurang upaya dan banyak lagi jenis bantuan yang dikeluarkan. Sebagai penerima bantuan seharusnya kita bersyukur atas keperihatinan kerajaan dalam mengatasi kemiskinan jangan pula apabila telah menerima bantuan masih tidak cukup hingga membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu termasuk mendapatkan khidmat media cetak dan media eletronik serta membuat pengaduan di pejabat Wakil Rakyat pembangkang mengatakan kerajaan termasuk wakil rakyat kawasan dan pemimpin tempatan tidak mengambil tahu hal rakyat.

Sebenarnya bukan sahaja Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan bantuan kepada golongan yang berpendapatan rendah Majlis Agama Islam, Baitulmal, PBT, Pembangunan Negeri telah mengeluarkan pelbagai bantuan melalui pejabat daerah juga memainkan peranan dalam menangani masalah tempat tinggal yang usang dan pembinaan rumah PPRT. Dalam tahun 2009 sahaja sejumlah 6 buah rumah PPRT telah dibina dalam DUN Bagan Pinang. Ini menunjukan kerajaan negeri dibawah Barisan Nasional pimpinan YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Haji Hasan begitu perihatin terhadap rakyat walaupun ada diantara penerima bantuan sendiri tidak menyokong kerajaan tetapi tanggungjawab telah dilaksanakan.


Pada masa kini pendaftaran kemasukan ke IPTA/IPTS sedang berjalan dan kerajaan negeri begitu perihatin terhadap pelajaran telah memberikan sokongan dengan memberi bantuan bayaran kemasukan. Selain dari itu bantuan sara hidup, rawaatan perubatan, bantuan awal perniagaan tidak dilupakan, jadi dimanakah sokongan yang kita berikan kepada kerajaan Barisan Nasional? Oleh yang demikian gunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Bagan Pinang, pada 03hb Julai,2009 ( Jumaat ) jam 03.00 petang. Turut hadir pada majlis itu, En Rahmat bin Sahat, Pegawai JKM Daerah Port Dickson, En Azmir bin Karim, Penolong Pegawai JKM Daerah Port Dickson merangkap Ketua Unit Ekonomi Bantuan, serta Ketua Kampung Si Rusa, Kampung Baru, Kg Bagan Pinang dan Telok Kemang.

Dalam ucapan awal Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson menegaskan penyampaian bantuan oleh JKM secara berkelompok melalui DUN telah dirancang awal dan mula dilaksanakan pada bulan ini dan akan diteruskan bagi mengurangkan kesesakan di pejabat pada waktu bayaran dibuat. Dengan kerjasama yang diberikan oleh YB Tuan Azman bin Mohammad Noor ADUN Bagan Pinang telah dapat mengatasi kesesakan di pejabat dan dengan hadirnya Ketua-Ketua Kampung akan dapat mengenal pasti anak-anak buah secara telus kerana ada di antara penerima tidak mahu diketahui oleh orang ramai atas dasar yang tertentu.


JKM akan sentiasa bekerjasama dengan YB ADUN dan ketua-ketua kampung dalam menangani kemelut kemiskinan dalam DUN Bagan Pinang. Kemungkinan besar mulai pada bulan hadapan keseluruhan penerima bantuan JKM dalam DUN Bagan Pinang akan menerima bantuan secara berkelompok seperti yang dilakukan pada hari ini. Beliau merakamkan terima kasih kepada YB kerana telah menaja minuman petang dan tidak lupa kepada ketua-ketua kampung yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik sekali.




Apa yang ditanyakan tu?



Sesi pendaftaran penerima bantuan




















No comments:

Post a Comment