Wednesday, July 8, 2009

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bagan Pinang 2009


Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Bagan Pinang yang diadakan pada 30hb Jun,2009 (Selasa) di Dewan Bagan Pinang yang telah dihadiri seramai 97 orang ahli. Majlis disempurnakan perasmian oleh Ybhg Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abd Samad Ketua UMNO Cawangan Bagan Pinang merangkap Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.
Dalam ucapan beliau menggambarkan betapa gembiranya pada malam itu kerana kehadiran ahli-ahli yang amat menggalakkan walaupun pada masa ini keadaan UMNO kurang mendapat keyakinan. Barisan Nasional pada PRU 12 yang lalu tidak mendapat majoriti 2/3 di Parlimen telah menerima bermacam tohmahan dan tanggapan buruk oleh orang ramai. Ada juga yang mengatakan bahawa UMNO telah lemah dan tidak mendapat sokongan tetapi sebenarnya parti2 komponen BN yang kurang memenangi kerusi.
Tidak ada parti lain yang boleh menyelamatkan orang melayu melainkan UMNO, kalau nak harapkan PAS hanya menyalahkan orang sahaja dan UMNO juga yang boleh menyatukan umat Islam di Malaysia kerana telah terbukti sejak Merdeka lagi.
Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh PAS tidak akan terlaksana selagi ada dolak-dalik yang dimainkan oleh parti pembangkang terutama pemimpin PAS sendiri, oleh itu carilah pemimpin yang kepimpinannya dapat di lihat dengan jelas.
1 Malaysia yang diajukan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak PM Malaysia telah diputar belitkan oleh pembangkang. Kerajaan tidak sama sekali bercadang atau mengusulkan supaya Chin Peng di beri pengampunan untuk di bawa pulang ke Malaysia yang mana telah memusnahkan hidup orang ramai semasa zaman pemerintahan Komunis.
Kontrak sosial di Malaysia adalah kebal untuk selama-lamanya tetapi telah dipertikaikan oleh pembangkang. Jangan kita berkecil hati dan mencerca UMNO kerana marah kepada individu, kita kena ingat UMNO telah banyak berjasa pada orang melayu.
Tambah beliau lagi Kg Bagan Pinang juga telah menerima banyak projek pembangunan dan beberapa projek yang masih dalam perbincangan kelulusan. Akhir kata harapan beliau, agar masyarakat kini sedar bahawa kerajaan pimpinan BN telah banyak membantu rakyat dan orang Melayu khususnya. Jadi bangkitlah kita demi membangunkan semula UMNO supaya tidak pupus dimamah parti2 pembangkang yang hanya pandai bermain dengan kata2.






Mesyuarat di Pengerusikan oleh Ybhg Dato' Hj Mustapha bin Hj Hassan selaku Pengerusi Tetap UMNO Cawangan. Turut hadir En. Kamil bin Aziz selaku pemerhati UMNO Bahagian Telok Kemang.

Antara ahli-ahli UMNO Cawangan Bagan Pinang

Ahli Pergerakan Wanita & Puteri UMNO yang turut hadir khusyuk meneliti buku program.

Turut hadir Hj Abu Bakar bin Mohd Yusof Imam Masjid Kariah Bagan Pinang.
Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Bagan Pinang 2008/2011
Pengerusi Tetap : Ybhg Dato' hj Mustapah bin Hj Hassan
Tim. Pengerusi Tetap : Tuan Hj Mohd Yusof bin Aladin
Ketua UMNO Cawangan : Ybhg Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abd Samad
Naib Ketua : Tuan Hj Abd Rahim bin Hj Borhan
Setiausaha : En Arshad bin Ibrahim
Bendahari : Tuan Hj Hassan bin Masuadi
Ketua Penerangan : En Shaharuddin bin Hj Abd Hadi
Ketua Wanita : Puan Hjh Zaimah binti Hj Zakaria
Ketua Pemuda : Sdr Mohd Najib bin Tan Sri Hj Mohd Isa
Ketua Puteri : Puan Haliza binti Mohamed Kamel
Ahli Jawatankuasa :
Puan Hjh Zabedah bt Abdullah
Tuan Hj Abd Razak bin Khamis
Puan Safiah bt Sidek
Tuan Hj Abdul Wahab bin Ibrahim
En Mohd Sharifuddin bin Hj Abd Hadi
Encik Abdullah bin Muar
En Abd Ghafar bin Rasool
Puan Roshatika bt Hj Abu Bakar
Puan Zunaidah bt Abdullah
Encik Mohd Niza bin Che Fa
Cik Siti Rahmah bt Abd Wahid
Puan Zuraidah bt Ramli
Encik Jamaluddin bin Mohd Yatim
Encik Rosly bin Khalid
Pemeriksa Kira-kira 1 : Encik Anurin bin Zakari
Pemeriksa Kira-kira 2 : Tuan Hj Zakaria bin Hj Kadir

No comments:

Post a Comment